Ads

Rabu, 28 April 2010

Tak sabar nak cuti panjang, nak balik kg suami....Kg suami sebenarnya kat Jeli Kelantan.... Seronok pergi kat sana sesekali....Aku suka dengan kehijauan bumi Jeli yang masih terpelihara dan tidak banyak dinodai lagi oleh manusia-manusia yang suka merosakkan bumi nih...Walaupun Jeli dianggap pedalaman namun aku gembira pabila berada di sana. Kg suami ku bernama Kg Kubur Datu..Menurut hubbyku dulu kg ini dipanggil kg Bunga Tanjung tapi camano tah boleh ditukar ke Kubor Datu...tak pasti....
Kat Jeli terdapat bayak kawasan air terjun dan sungai yang bersih dan belum lagi tercemar...(tapi tak tahulah tak lama lagi)... Antaranya yang aku dah pergi ialah   Lata Janggut dan Air Terjun Kg Renyok yang masih asli dah belum dieksploitasi... Airnya begitu jernih dan sejuk...Almaklumlah air gunung dan terletak di dalam lingkungan Banjaran Tititwangsa...Suasana di situ sungguh mengasyikkan....dan mententeramkan jiwa ragaku....Aku terpana dan terkesima dengan ciptaan Ilahi...Begitu indah bak syurga dunia.....(agaknyer macam mana plak  keadaan syurga plak mesti sangat mengagumkan)...Subhanallah berilah peluang kepadaku untuk menikmatinya lagi Tuhankuuu.

Jumaat, 23 April 2010

................

Lamanya tak menulis dalam blog ni....Tak sempat....Lagipun takder cerita menarik....Life aku simple...tak menarik dan glam cam org lain...

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam