Ads

Isnin, 15 Mac 2010

Sambutan Maulidurrasul ...1431h

Tahun ni Sambutan Maulidurrasul di sekolah ku dibuat secara 'grand' jglah...Ada perarakan dari sekolah ke masjid jamek yang berdekatan. Betul-betul meriah kerana disamping itu, terdapat pertandingan perarakan terbaik bagi keempat-empat rumah sukan yg terdiri daripada Pasukan Kenyalang, Kasawari, Cenderawasih dan Rajawali... Pemenang tahun ni jatuh ke tangan pasukan Rajawali (biru), kedua Cenderawasih (Merah), ketiga Kenyalang (kuning)-frust aku, sbb rumah aku, dan keempat Rajawali(hijau). Namun apa yang lebih penting dititikberatkan disini ialah penghayatan guru-guru dan murid-murid  tentang ulang tahun keputeraan Rasul kita yang mulia, iaitu Nabi Muhammad SAW dan perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam yang perlu dijadikan contoh tauladan bg semua umat Islam di dunia ini... InsyaAllah

Kenyalang Hebat walaupun tewas..huhuhu
Rumag Cenderawasih

Rajawali

Guru Besar En Yahya segak bergaya ....



Barisan Pentadbir SK Paya Rumput Melaka..


Aku dan teman-teman seperjuangan..

Bagi makan dulul anak-anak sebelum berarak..

Di perkarangan Masjek Jamek Paya rUmput Melaka hmpir 1 km dari sekolah..

Jumaat, 5 Mac 2010

2 minggu lagi...

Lg dua minggu nak htr tugasan. Aku baru cuit sikit2. Dah jadi kebiasaan ku buat last minute. Ala buat last minute pun dapat jg markah yang baik. Tutor memang nak tolong. Tp kali ni tutor matematik aku memanglah cerewet. Jgn cari pasal ngan dier. Teruk nanti...Tugasan dalam english yg buat aku lemah nihhhh....Hentam sajalah labuuuuu...huhuhu Karya seni agungku pun tak siap. Takde mood ....... Sok kerja lg..penat....

Ku masih syginya........

Aku rasa dah sampai masanya aku berubah menjadi seseorang yang lebih matang. Semenjak dua menjak ni aku asyik menyakitkan hati hubbyku. Aku rasa macam dia dah tak caring macam dulu. Mungkin perasaan aku sahaja. Kadang2 aku rasa dia terlalu mementingkan kerjanya dari keluarga sendiri. Sebab tu aku asyik melawan cakapnyer dan selalu melukakan hatinya. Sedangkan dia rilek ajer, masih sabar dengan perempuan pelik macam aku nih. Entahlah, aku tak faham kenapa dia boleh sabar dengan aku.  Aku rasa takder orang yg boleh terima perangai pelik aku ni selain dari lelaki seorang ni. Dah nasib dia dapat wife mcm aku. huhuhuu.
       Tapi aku berjanji pada diri aku, bahawa aku akan berubah, sebab aku masih menyanyangi dirinyer seperti mana kali pertama aku mula jatuh sayang padanya. Lagipun aku tak nak masuk neraka kerana benda-benda macam nih. Tapi aku tak tau sama ada aku boleh berubah kerana aku seorang yg cepat berubah angin dan prinsip. Entahlah... harap2 aku boleh melakukannya yg terbaik...

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam