Selasa, 2 Februari 2010

Pertemuan.....

Kelmarin (Ahad-31 Jan 2010) suatu pertemuan di antara aku dan sahabat lama yang hampir 17 tahun tidak berjumpa. Sungguh tak sangka. Ini bermula setelah aku menjejak kasih sahabat-sahabat lama melalui laman Facebook (fb). Terima kasih kepada ALLAH memberi aku peluang aku bertemu dengan sahabat lama yang seorang ini. Ada sedikit perubahan pada dirinya. Semakin cantik dan semakin matang berbanding dengan 17 tahun lepas semasa bersama-sama mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 1993). Entah apa pulak pandangan dia terhadap aku yang berubah saiz badan dan mungkin juga kelakuan aku yang dulunyer ganas dan agak kejantanan kepada lebih bersopan. ( perasan sorang2). Agak terharu juga pabila dapat bersua dengan teman lama. Dia pun sanggup datang ke rumah aku malam tu semata-mata nak jumpa aku. Terima kasih Nurul kerana masih ingat sahabatmu yang seorang nih. Harap-harap lepas ni dapat jumpa sahabat yang lain plak....Insya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini