Ads

Sabtu, 20 Februari 2010

Alkisah ...

Semalam aku hantar bundaku ke hospital sebab dia gelap mata dan pitam. Nasib baik aku kuat, dapatlah aku memapah bundaku yang berbadan agak besar masuk ke wad kecemasan. Lama juga aku, abah dan si gadis kecilku menunggu hasil report daripada pihak hospital. Setelah 5 jam menunggu bundaku dimasukkan ke wad biasa. Doktor beritau, bundaku, menghadapi hypotension, tekanan darah rendah 80/52, manakala ujian gula dalam darah bacaannya 17. Fuh tingginyer. Satu lagi Bundaku di suspek mengalami buah pinggang yang semakit rosak. Adui sedih juga dengar berita tuh. Aku tipon hubby suruh ambil 2 org heroku  yg kat umah tu datang ke hospital. Aku balik ke rumah sesudah berada di hospital tersebut selama 7 jam. Penat gilerr sebab balik dari sekolah aku tak rehat2 semalam. Berkorban untuk buunda tercinta....
     Ari ni aku kuliah dari 10 pagi sampai 5 petang. Balik terus gi hospital. Tapi aku tak tunggu dia kat hospital. Dia tak kasi sebab dia tahu kerja aku melambak tak siap. Rumah aku pun kemas ala kadar jer. Tapi dalam sibuk2 tu sempat juga aku ber'FB' ngan tulis blog apo nak dikato. Memang ni minat aku. Konon nak release tension lah kononnyer. Ari ni anak sulung aku pun aku tinggalkian sensorang je kat umah masa aku gi kuliah. Sebab dia tak mau duduk taska. Terpaksa.... hubby aku kerja sampai kul 3 ptg. Nekad je ler....Dia pun berani...huhuhu nasibjerlah..

Rabu, 17 Februari 2010

Cinta....

 
Cinta? Masihkah ada rasa cinta di hatiku???Ya sudah tentu!!!!! Ya Allah Tuhan Maha Pencipta, aku akan sentiasa mencintaimu dunia dan akhirat.(InsyaAllah) Tetapkanlah imanku supaya aku akan sentiasa mencintai Islamku hingga ke akhir hayatku. Berikanlah kasih syg ku kepada mereka yang bergelar suami, ibubapa dan anak-anak sehingga ke akhir hayatku, Tuhan.Makbulkan doa hambamu yang kerdil dan lemah ini....

Insaf...

Petang tadi aku baru je anta mak aku pergi klinik di AG. Sedih plak tengok dia menggigil. Kadangkala aku nikecil hati dengan dier. Sebagai anak aku seharusnyer bersabar dengan ulah mereka. Tapi aku ni jahat juga asik nak berlawan mulut dengan mak aku. Sian orang tuer tu dapat anak yg degil macam aku nih. Konon-kononnyer nak menegakkan benang yang basah....Tapi aku khilaf dan memohon keampunannyer secepat mungkin. Sementelah dier dan abah masih wujud di bumi ALLAH ni aku akan buat yang terbaik untuk mereka insyaALLAH...dan aku akan sentiasa memohon kemaafan dari mereka. Semoga ALLAH akan memanjangkan usia dan memberikan kesihatan yang baik kepada mereka.

Jika aku di ruang angkasa.....

Bumiku sayang.....

 
Adakah kita masih mencintai bumi kita?
Bumi semakin dekat dengan kehancuran total....Takutnyer...huhuhu

Kenangan yang semakin jauh pergi....

 
Jumpa gambar lama masa kat Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Andai dapat diputar masa yang lalu....... ...tapi sudah pasti ia tidak akn berlaku. Aku harap kalian semua sihat-sihat belaka..

Selasa, 2 Februari 2010

Pertemuan.....

Kelmarin (Ahad-31 Jan 2010) suatu pertemuan di antara aku dan sahabat lama yang hampir 17 tahun tidak berjumpa. Sungguh tak sangka. Ini bermula setelah aku menjejak kasih sahabat-sahabat lama melalui laman Facebook (fb). Terima kasih kepada ALLAH memberi aku peluang aku bertemu dengan sahabat lama yang seorang ini. Ada sedikit perubahan pada dirinya. Semakin cantik dan semakin matang berbanding dengan 17 tahun lepas semasa bersama-sama mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 1993). Entah apa pulak pandangan dia terhadap aku yang berubah saiz badan dan mungkin juga kelakuan aku yang dulunyer ganas dan agak kejantanan kepada lebih bersopan. ( perasan sorang2). Agak terharu juga pabila dapat bersua dengan teman lama. Dia pun sanggup datang ke rumah aku malam tu semata-mata nak jumpa aku. Terima kasih Nurul kerana masih ingat sahabatmu yang seorang nih. Harap-harap lepas ni dapat jumpa sahabat yang lain plak....Insya Allah

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam