Badan ni rasa seram sejuk, macam nak demam. Perit rasa tekakku ini. Masa mengajar tadi rasa nak pecah anak tekak ni. Sabau jelah. Ari ni plak bebudak bukan main bising lagi. Nasib baik semalam hubby dah pergi klinik ambil ubat. Dapatlah menumpang makan ubat dia. Bila dah makan ubat plak mata ni mengantuk tapi tak boleh tidur. Cuaca panas betul kat luar. Rumah plak takde aircond, pakai kipas jer... Tapi bila pikir-pikir balik aku sangat2 bersyukur sebab kat Malaysia masih selamat daripada bencana alam. Tak macam Haiti baru2 ni dilanda gempa bumi. Ratusan ribu orang mati. Yang lain hilang tempat tinggal dan kebuluran. Masa ni plak macam-macam penyakit plak datang.Ujian daripada Allah bila-bila masa je menanti kita. Bersyukur dengan apa yang ada....Kita masih bernasib baik berbanding dengan orang lain..
Bencana gemba bumi di Haiti yang mengorbankan ratusan ribu manusia. Insaflah kita ...dan renungilah bahawa kita hanyalah manusia yang kerdil dan lemah berbanding dengan kekuasaanNya (copypaste dari www.zubairmedia.com)
Sesungguhnya hidup di dunia ini sebuah persinggahan yang sementara. Semoga kita sentiasa menambahkan keimanan kita hanya untukNYA......... Ruangan ini adalah sekadar luahan rasa seorang manusia biasa...yang semuanya serba-serbi kekurangan...Jika tersalah diri ini berbicara maafkanlah hamba....
Ads
Isnin, 25 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon
Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini Sudut Nilam
-
Soalan-soalan peperiksaan teori Pendidikan Seni Visual... Sekadar berkongsi... Soalan Teori Tahun 1 http://www.slideshare.net/ma...
-
Ari ni aku nak bercerita sedikit mengenai sekolah ku. Sekolah ku memang 'best'. Ada dua pintu masuk ke sekolah ini. Gambar di bawah ...
-
Cuti kali ni akak bersama keluarga hanya ke Port Dickson N.Sembilan.... Port Dickson bagi akak best sebab di pantai barat ni susah nak cari ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan