Jumaat, 29 Januari 2010

Pasrah....

Semalam meeting memang menyeksakan aku. Aku sedih, aku kecewa tapi aku pasrah. Apa yang diperkatakan sepatutnyer aku sahut sebagai cabaran bukan tekanan yang menyesakkan dada dan fikiran. Kepada Allah aku mengadu, kepada Allah aku meluahkan perasaan. Ya Allah Tuhan Yg MAHA Adil, semoga kau memberi kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan membina kematangan insan yang terdiri daripada anak-anak bangsaku...termasuk anak yang ku kandung sendiri. Berilah ketabahan kepadaku untuk mencurahkan ilmu dan mereka untuk terus menerima ilmu sebelum aku menutup mata ini untuk selamanya.....

Isnin, 25 Januari 2010

Syukurlah.....

Badan ni rasa seram sejuk, macam nak demam. Perit rasa tekakku ini. Masa mengajar tadi rasa nak pecah anak tekak ni. Sabau jelah. Ari ni plak bebudak bukan main bising lagi. Nasib baik semalam hubby dah pergi klinik ambil ubat. Dapatlah menumpang makan ubat dia. Bila dah makan ubat plak mata ni mengantuk tapi tak boleh tidur. Cuaca panas betul kat luar. Rumah plak takde aircond, pakai kipas jer... Tapi bila pikir-pikir balik aku sangat2 bersyukur sebab kat Malaysia masih selamat daripada bencana alam. Tak macam Haiti baru2 ni dilanda gempa bumi. Ratusan ribu orang mati. Yang lain hilang tempat tinggal dan kebuluran. Masa ni plak macam-macam penyakit plak datang.Ujian daripada Allah bila-bila masa je menanti kita. Bersyukur dengan apa yang ada....Kita masih bernasib baik berbanding dengan orang lain..


 
Bencana gemba bumi di Haiti yang mengorbankan ratusan ribu manusia. Insaflah kita ...dan renungilah bahawa kita hanyalah  manusia yang kerdil dan lemah berbanding dengan kekuasaanNya (copypaste dari  www.zubairmedia.com)







 Bebudak menjalankan aktiviti lasak untuk mengenalpasti tahap keupayaan fizikal mereka.



 Para guru wanita bergaya sebelum menjalankan tugas.

Sabtu, 9 Januari 2010

Azam 2010

Rasa bosan plak ari ni. Kerja rumah bertimbun dah hampir settle. Kerja sekolah plak belum mula lagi. Berat betul nak mula. Apa nak jadi dengan aku ni. Azam baru aku  nak jadi seorang yang rajin dalam segala hal. Nampaknyer macam tak jadi jer azam tu. Aku ni cepat no lemah semangat. Tak boleh jadi ni. Buang segala
sifat2 malas tu. Aku  seorang pengajar, pelajar dan ibu kepada 3 orang budak yang sedang belajar untuk hidup. Kuatkan semangatmu Marshiza untuk teruskan perjuangan mu itu. Huhuhu...


Kenangan bersama 4 Arif 2009.Harap-harap bebudak  ni semua mempunyai azam dan semangat yang baru.






    Kenangan Along dengan kelasnya 1 Cemerlang 2009

Ahad, 3 Januari 2010

Hari akhir cuti...

Wah... hari ni cuti terakhir untuk kembali le sekolah... Fuh nasib baik dah beli baju sekolah bebudak. Banyak betul perbelanjaan sekolah seorang budak. Nasib baik hubby dapat bonus bulan ni. Alhamdulillah... Seorang budak sekolah dengan baju, buku, yuran sekolah pagi dan sekolah agama, beg sekolah, kasut dan pelbagai lagi telah menghabiskan duitku hampir RM700. Dua orang lagi yang dimasukkan ke taska dan tadika dengan yuran, buku, beg, kasut, pakaian baru dan kelengkapan pula sebanyak RM1000 telah dileburkan. Itu baru tiga orang anak. Kalau 5 atau 6, atau 7 orang. Dengan kenaikan harga barang yang melampau, sungguh menyeksakan. Bagiku aku bersyukur dengan kesederhanan yang ada tapi aku selalu terfikir bagaimana pula mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang ramai. Aku jadi insaf dan sentiasa bersyukur hidup di muka bumi ini.

Back to school tomorrowww!!!

Cerianya anak-anak tersebut ke sekolah
Tahun ni aku pegang kelas hujung lagi. Tahun lepas 4A tahun ni 2A. Aku yang minta untuk mengajar tahap yang lebih rendah. Agak mencabar mengajar kelas-kelas yang hujung ni. Tapi aku berazam untuk beri yang terbaik untuk anak-anak didikku. Esok aku akan bertemu dengan wajah-wajah yang suci ini. Wahai anak-anak didikku jadilah insan yang terbaik dalam hidupmu. Cikgu akan mendidikmu dengan kemampuan yang ada. Semoga kalian semua kan berjaya. Cikgu hanya tumpang gembira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini