Ads

Khamis, 26 November 2009

Aidiladha...

Selamat menyambut hari raya Aidiadha kepada semua bloggers dan pembaca. Semoga kita sentiasa dapat melakukan pengorbanan untuk agama, bangsa , negara dan juga keluarga kita. Dekatkan diri kita padaNYA.InsyaAllah hidup kita berjaya dunia akhirat. Yang sudah pulang ke kampung, selamat bergembira bersama keluarga dan berhati-hati di mana jua anda berada.

Rabu, 25 November 2009

Cuti oh cuti...

Cuti ni ada kelas, cuti ni kena buat assignment, cuti ni ada exam, cuti ni duty kat library sekolah,cuti ni kena tolong mak saudara nak buat kenduri anaknya dan kahwin dan macam-macam lagi. Holiday tahun ni memang takde harapan pegi mane2. Hubby pun tak boleh cuti. Takpelah terima je ye dengan penuh kesyukuran hu...hu...hu... Sok ulang tahun kelahiran mak. Ala beli kek dan belanja makan ok kan? Anak-anak dah bising ajak pegi zoo plak. Dah berpa kali pegi zoo tak jemu-jemu budak-budak ni. Salah aku jugak dah berjanji ari tu. he..he..he..Inilah kisah cuti aku...

Ahad, 22 November 2009

Syair untuk anak-anakku...

Petikan daripada sebuah syair tentang anak:


Wahai anakku belahan jiwaku,
Bisikan sukma seorang ibu:
Mendengar jeritan suara lahirmu,
Hilang derita bahagia terharu,

Duhai anak cahaya mataku,
Buah hati, pelunak jiwa;
Betapa nian kasih ibumu,
Hanya Allah yang maha tahu.

Oh, anak juitaku sayang!
kKasih ibu tiada bandingan;
Sayang ayah bertindih bayang,
Setinggi langit seluas lautan.

Ketahuilah anak dewi tercinta,
Harapan tinggi ayah dan bonda;
Hidupmu biar memberi guna,
Nikmat Allah sejahtera bahagia.

Jumaat, 20 November 2009

SKPR Powerrr...





Semalam keputusan UPSR dah keluar. Hasilnya SKPR telah memperolehi keputusan sebanyak 90.3% secara keseluruhannya.dan seramai 33 pelajar daripada 134 pelajar telah berjaya mendapat keputusan 5A. Syabas diucapkan anak-anak didik SKPR....serta guru-guru tahun 6 yang dah bekerja keras selama ini.


Rabu, 18 November 2009

INOREKA-Karnival Kerjaya (KolejKomuniti-Kementerian Pengajian Tinggi)

Dah lama tak update blog ni sebab sibuk dengan tugas-tugas yang ada. Ari ni nak cuma nak kongsi cerita mengenai Inoreka- Karnival Kerja anjuran Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada hari Sabtu dan Ahad lepas. 14-15 November 2009 yang diadakan di Datarah Pahlawan Melaka.. Masa nak masuk tu terpaksalah beberapa kali pusing sebab parking takde. Sudahnya, parking jauh sikit dan terpaksa berjalan bawa 'askar-askar' yang ade. Kat sini banyak tentang peluang kerjaya yang diperkenalkan oleh Kolej Komuniti di seluruh Malaysia. Contohnya andaman, jahitan, fesyen, menghasilkan biskut dan kek, hasil-hasil tanaman dan macam-macam lagilah yang aku tak berapa tau. Anak buah hubby pun datang dari Kelantan untuk 'join' pertandingan buat kek. Dia masuk final tapi tak menang sebab kek tak berapa nak jadi katanya.


Ini mak andam 2 dan model-model pengantin.


Merayau-rayau sekejap. Sambil tu dapat makan kuih free buatan pelatih-pelatih kolej.

Pelik aku tengok fesyen yang dihasilkan oleh kolej ni. Anyway tahniah, cubaan yang baik.

Hubby dan anak buahnya, Munira

Rabu, 11 November 2009

Lawatan guru-guru skpr...Selamat jalan kawan-kawanku....

      Ari ni guru-guru kat sekolah aku buat lawatan ke salah sebuah sekolah di Perak.Khabarnya sekolah kluster. Ramai yang pergi. Tapi aku tak pegi pun . Kena jaga sekolah. Mereka bergerak menaiki bas pada pukul 12.30. Aku n kawan-kawan yang tinggal ni terpaksa jaga sekolah. Nasib baik diorang balik pukul 1.10 petang. Aku pula lepas tu kena taklimat pendidikan Islam kat jpm, gantikan ustaz Shaharudin yang juga mengikuti lawatan tersebut. Sian aku... Tapi takpelah sekurang-kurangnya dapat juga aku pengalaman jadi ustazah.Layak ke aku jadi ustazah he..he..he...


      Tapi yang bestnya besok cuti peristiwa, dapatlah aku berehat sikit dan menyiapkan kerja-kerja sekolah yang bertimbun-timbun ni. Atas tu gambar kepergian mereka ke SK Seri Ampang Ipoh ,Perak. Bas tu 'parking' sebelah kereta aku plak tu.


Selasa, 10 November 2009

Sedih........khilaf.........

Aku sedih sangat ari ni sebab tengok result exam anakku yang sulung. Memang tak ade peningkatan. Anak aku ni  masalah dia adalah tak ade 'focusing', baik masa belajar, atau dalam peperiksaan sama aje. Memang takde penumpuan. Buat kerja asalkan siap aje.Yang dia suka ialah main 'game' komputer atau 'repair computer' je.Apa aku nak buat itu yang dia minat. Aku malu dengan kawan-kawan yang mempunyai anak-anak yang pintar-pintar. Tapi bila aku fikir-fikir balik, mungkin salah aku juga. Aku pun tak ambil berat pasal pelajaran dia ni sebelum ni. Takpelah inilah dugaan hidup aku. Aku kena hadapi dan tangani masalah ini secara rasional.Sebelum ini, aku hanya pentingkan kesibukan diri aku je. Aku khilaf dengan apa yang dah berlaku. Yang lepas tetap dah berlaku. Aku nak pandang ke hadapan dan cuba jadi ibu yang terbaik untuk anakku. Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku menghadapi ujianmu ya Allah. Semoga aku berjaya menghadapi semua ini.  Mungkin juga ada hikmahnya disebaliknya. Aku juga bukan insan yang terbaik, tetapi aku mohon pada Mu ya Allah jadikanlah anakku berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.Insya Allah....

Isnin, 9 November 2009

Jamuan Kelas Along 1 Cemerlang (9/11/2009)

Ari ni kelas Along ( Muhammad Nabil Farhan) telah mengadakan jamuan akhir tahun yang di'sponsored by' ibubapa murid-murid kelas 1 Cemerlang yang agak 'berada'. Aku pada mulanya nak sponsor juga kek coklat tapi kak Zaridah guru kelas ni tak beritau awal-awal. Lagipun dia kata tak payah sebab dia dah beli kek yang lagi sedap gitu. Banyak juga makanan yang telah dibawa. Walaupun aku tak mengajar, tapi aku dijemput jugalah.Ada gambar kenangan majlis itu tadi. Tapi gambar tak berapa 'clear' sebab pakai camera casio exilim 10.1 mp. Along suka sangat dapat makan dan hadiah berupa tabung.Tengok tu senyum lebar..





Murid-murid sedang menjamu selera..

Cikgu Zaridah sedang menguruskan anak-anak didiknya. Hei along suka dapat makan sama kawan-kawan.

 Antara menu yang ada ialah ayam KFC, mee goreng, bihun goreng, nugget, buah-buahan dll.


Antara cikgu yang hadir. Wah Cikgu Nizam, bersungguh makan nampak. Emi pandang je....

 Cikgu Asfa, malu ke makan depan Cikgu Rahman tu. Kak Shima, sikit je makanan tu.


Kak Zahrani terteleng-teleng kepala sebab suka sangat dapat makan. He..he...he.. jangan mare yang ada dalam gambar ni. Sekadar bergurau je . Jangan ambil hati tau...

Ahad, 8 November 2009

Ragbi Sentuh


SKPR pernah jadi juara negeri Melaka dalam sukan ragbi ni tahun berapa aku tak ingat. Banyak kali jugaklah. Mula-mula aku tak minat permainan ni. Nampak boring je tengok bola yang lonjong tu. Tapi bila dah kena masuk bidang ni baru aku tau serba sedikit tentang permainan yang unik ni. Ia tak sama dengan permainan yang lain. Cara penghantaran bola pun berbeza dengan permainan lain. Ada cara yang tersendiri untuk menghantar bola ini. Almaklumlah ia lonjong.

Sabtu, 7 November 2009

Kem Rhino Rugby SK Paya Rumput Melaka

Semasa latihan dalam kumpulan.
Semasa rehat dan makan.

 Seronok sebenarnya main ragbi ni. Walaupun banyak undang-undang tapi permainan ini unik juga sebab bolanya yang lonjong macam buah kana. Aku masih belum berapa nak faham permainan ni, tapi nanti aku cari maklumat permainan ni melalui pembacaan.


Gambar beramai-ramai ini diambil oleh seorang wartawan Metro yang bernama saudara Nazri.

Lagi Kekuasaan Allah di Dasar Laut...

Ciptaan Allah yang aneh di dasar laut...



Kem Rhino Rugby SK Paya Rumput Melaka



Ari ni Sabtu, 7 November 2009, SKPR telahmengadakan satu kem untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan ragbi. Ini juga adalah salah satu agenda dalam mencapai kebitaraan sukan ragbi untuk memenuhi kriteria SKPR sebagai sekolah 'kluster'. Ini ada gambar-gambar sepanjang program ini.
SEMASA PENDAFTARAN PUKUL 8.00 PAGI.

Al Bakarah (ayat 25)

'Maka barang siapa yang kufur dengan takut dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya dia telah berpegang dengan simpulan yang amat kuat.'

Khamis, 5 November 2009

Kekuasaan Allah





Betapa berkuasaNya Allah di atas setiap kejadian atau ciptaannya.

Lambaian Kaabah...

Musim haji kembali lagi...
Semoga tetamu-tetamu Allah kali ini dapat menyempurnakan haji yang mabrur. Kepada 26000 jemaah-jemaah haji dari Malaysia pada tahun ini, semoga anda semua selamat pergi dan selamat kembali Insya Allah...

Selasa, 3 November 2009

Bersyukurlah kepadaNYA....


Alangkah hibanya melihat hamba-hamba Allah ini. Namun mereka tidak pernah merungut. Kita yang serba mewah di bumi bertuah ini ingatlah tentang kesusahan orang lain dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Beringatlah saudara seagamaku, nikmat yang kita ada mungkin akan ditarik pada bila-bila masa sahaja.





Sebagai insan yang beragama Islam, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Nikmat yang sementara di dunia ini haruslah kita hargai. Semoga kita hidup dalam iman dan mati juga dalam keadaan beriman hanya pada ALLAH yang esa.Amin...

Ahad, 1 November 2009

'Result' dah keluar.

Ye..ye... result peperiksaan kdp oum dah keluar. Syukur lulus dengan cgpa 3.57. Dapat 4a 2b+ dan 1b-. Alhamdulillah. Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT. Amin...

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam