Isnin, 7 Disember 2009

Zoo Melaka

6 Disember 2009 (Ahad)
Program bersama keluarga yang dah tertangguh ini tetap ku teruskan pada Ahad lepas. Masa tu orang fulamak punyalah ramai, almaklumlah hujung minggu. Terpaksalah beratur nak beli tiket. Tiket untuk dewasa RM 7, kanak-kanak 5-12 tahun, RM4 dan free untuk 4 tahun ke bawah.


Along dan Angah suka dapat pergi ke zoo.


Burung kakak tua yang menyambut kedatangan para pengunjung.


Cantik warna Iguana ni...


Anaconda ni makan tidur je. Ada yang sedang mengawan.


Harimau yang 'macho'.


Gajah yang sangat besar pada pandagan mataku ini.


ramai sungguh pengunjung yang datang


Antara tempat rehat yang  terdapat di zoo ini.


Sungguh indah dan damai dengan angin yang sepoi2 bahasa.


Ada yang sempat buat promotion.


Kawasan permainan  disediakan di sini. Selain itu, surau, tandas, restoran, gerai-gerai makanan dan minuman, pertunjukan pentas juga terdapat di zoo Melaka. Jika anda penat untuk berjalan kaki anda juga boleh mengelilingi zoo dengan menaiki tram. Perjalanan anda akan diakhiri dengan melalui gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata berkaitan zoo yang sangat menarik Harga juga bolehlah dikatakan berpatutan. Apa tunggu lagi cuti-cuti ni, marilah datang berkunjung ke Zoo Melaka. InsyaAllah anda berpuas hati dan yang paling penting ahli keluarga terutamanya si kecil akan  bergembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini