Khamis, 29 Oktober 2009

Lawatan ke Taman Seribu Bunga

Sabtu lepas 24 Oktober, 'my friends and I' telah menjalani LADAP terakhir untuk tahun ni. Kita orang diberi peluang untuk melawat Taman Seribu Bunga dan menaiki bot melewati persisiran Sungai Melaka. Ni gambar saat-saat kepergian kami. Malangnya aku tak dapat ambil gambar puas-puas memandangkan aku tertinggalkan 'memory card' LUMIX ku. Sedih tak terkira masa tu.... Masa tu hubby dah datang hantar tapi bas yang kita orang naik meluncur laju. Aku pun sengal tak perasan hubbyku dah sampai... Kesian dia hu...hu...hu...
Bersama rakan-rakan dan Zahrani(yang bertudung coklat)) yang 'VOGUE' gitu he...he...he...

Ni aku ambil gambar tumbuhan yang lucu namanya iaitu 'Pokok Janda Kaya' atau nama saintifiknya Mussaenda flava.

Taman Orkid yang begitu cantik sekali...

Bersama sahabat-sahabat Ecah 'and' Azlina. Dua-dua pakar sains.

Sebenarnya banyak lagi pohon-pohon yang pelik kat sini, pohon janda merana, tongkat ali, kacip fatimah, pelbagai pokok puding, melur, cempaka, kiambang, bunga raya, jasmine, dan macam-macam ada. Best juga berjalan-jalan dengan pelbagai tumbuhan segar berada di keliling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini