Ads

Khamis, 22 Oktober 2009



Dah lama tak menulis diariku ini. Maklumlah sibuk menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai peninggalan guru penggantiku ari tu. Soalan final pun tak siap lagi. Matematik ada 2 paper, paper 1 40 soalan objektif dwi bahasa dan paper 2 ada 20 soalan pun dwi bahasa. Paper 2 dah download daripada scribd. Tapi aku dah edit soalan tersebut untuk mengelakkan terjadinya plagiarisme.

Baru-baru ni birthday aku yang ke33 (20/10). Jadi aku dah berniat belanja bebudak 4 A nasi ayam. Kira jamuan akhir tahun sekalilah. Bebudak ni punya lah tak hengat cikgu dia, bising betul!!! Macam tak pernah buat jamuan... Aku siap bawa 2 'escort' aku Cikgu Ecah ngan Cikgu Zaridah pun tak boleh nak kontrol. Alamaklumlah budak kelas hujung memang camtu. Tak berapa nak faham bahasa sikit. So, sabar jelah....isk..isk...isk...sedih cikgu kelas dia nih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam