Jumaat, 30 Oktober 2009

Guru SKPR

Wajah-wajah ceria barisan guru SKPR

SKPR lagi...



Mural dari guru-guru pelatih terdahulu.


Pokok ini merupakan pokok Melaka yang menjadi kebanggaan SKPR.

SK Paya Rumput Melaka

Ari ni aku nak bercerita sedikit mengenai sekolah ku. Sekolah ku memang 'best'. Ada dua pintu masuk ke sekolah ini. Gambar di bawah merupakan pintu masuk SK Paya Rumput yang pertama. SK Paya Rumput mempunyai dua kawasan sekolah dan dipisahkan oleh sebatang jalan raya yang berada di tengah-tengahnya. Terdapat bangunan untuk bilik-bilik darjah tahap 1 dan 2, bilik mesyuarat, bilik akses, perpustakaan, bilik guru, bilik tayang, bilik KH, PSV dan muzik, surau, dan bilik J-QAF di kawasan ini. Makmal komputer serta makmal sains juga berada di sini.


Yang ini pintu masuk satu lagi. Di sini terletaknya bangunan pejabat, bilik kaunseling, kantin bilik darjah tahap 1, bilik pemulihan khas, kedai buku, pra sekolah dan pendidikan khas.

Logo atau lencana SK Paya Rumput Melaka.

Khamis, 29 Oktober 2009

Mutiara Kata sempena Minggu Bahasa

'Makna yang asli dari satu bahasa, terlalu sukar untuk diertikan di dalam bahasa yang lain.'
- Hamka


' Bahasa yang miskin tidak dapat menciptakan syair. Ilmu yang dangkal tidak dapat mengajuk laut, Hati yang kasar tidak dapat mengenal indah.' - Hamka


'Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa' - Peribahasa Melayu


' Bahasa adalah salah satu unsur yang membezakan manusia dengan haiwan.' - Peribahasa Islam


'Bahasa jiwa bangsa' - Peribahasa


'Bahasa menunjukkan bangsa' - Peribahasa

Lawatan ke Taman Seribu Bunga

Sabtu lepas 24 Oktober, 'my friends and I' telah menjalani LADAP terakhir untuk tahun ni. Kita orang diberi peluang untuk melawat Taman Seribu Bunga dan menaiki bot melewati persisiran Sungai Melaka. Ni gambar saat-saat kepergian kami. Malangnya aku tak dapat ambil gambar puas-puas memandangkan aku tertinggalkan 'memory card' LUMIX ku. Sedih tak terkira masa tu.... Masa tu hubby dah datang hantar tapi bas yang kita orang naik meluncur laju. Aku pun sengal tak perasan hubbyku dah sampai... Kesian dia hu...hu...hu...
Bersama rakan-rakan dan Zahrani(yang bertudung coklat)) yang 'VOGUE' gitu he...he...he...

Ni aku ambil gambar tumbuhan yang lucu namanya iaitu 'Pokok Janda Kaya' atau nama saintifiknya Mussaenda flava.

Taman Orkid yang begitu cantik sekali...

Bersama sahabat-sahabat Ecah 'and' Azlina. Dua-dua pakar sains.

Sebenarnya banyak lagi pohon-pohon yang pelik kat sini, pohon janda merana, tongkat ali, kacip fatimah, pelbagai pokok puding, melur, cempaka, kiambang, bunga raya, jasmine, dan macam-macam ada. Best juga berjalan-jalan dengan pelbagai tumbuhan segar berada di keliling.

Pantun Melayu


Apa guna berkain batik,
Kalau tidak dengan sujinya;
Apa guna berwajah cantik,
Kalau tidak dengan budinya.

Jelatik burung jeladan,
Sayang tekukur terbang tinggi;
Sama cantik sama padan,
Apabila diukur sama tinggi.

Dari mana semut melata,
Dari bata turun ke titi;
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.

Sabtu, 24 Oktober 2009

'Candid' suasana majlis...

Aksi-aksi warga SKPR semasa majlis jamuan.






Dari kiri, Lina dan anak daraku (budak kecik tu), Hidayah, Saa
dah, Kak Hamidah dan yang sihat tubuh badannya itu macam ku kenal je...


Jamuan akhir tahun SKPR 2009

Malam tadi, 23 Oktober berlangsungnya jamuan sekolah merangkap jamuan akhir tahun. Agak meriah jugalah. Hari tu jamuan ari raya tak sempat sebab kekangan masa. So, hari nilah paling sesuai untuk mengumpulkan warga sekolah terutamanya para guru dan kakitangan sekelian. majlis bermula pada pukul 8.00 malam, tapi aku datang 8.30. Aku bukan sengaja nak datang lambat tapi memandangkan 'askar-askarku' yang perlu disiapkan dan dibawa, faham-faham jelah....



Ini Cikgu Asfalila, pengerusi Kelab Guru SK Paya Rumput Melaka sedang membuat ucapan. Wah, kelas gitu!!!!'Background' pentas zaman moden pakai LCD projektor je.....Senang tak payah penat-penat.

Ini pula Guru Besar yang sangat di hormati, En Yahya Hj Kamarudin sedang berucap.

Khamis, 22 Oktober 2009



Ini murid-muridku di 3A. Kelas hujung jugak.

Murid-muridku



Ini dia wajah-wajah ceria dan nakal murid 2 Gemilang.

Bilik guru SKPR



Ini dia bilik guru SKPR ku yang amat 'ku cintai'.He...he...

Sekolah Kluster

Tahun 2007 SK Paya Rumput Melaka telah dianugerahkan sebagai Sekolah Cemerlang 2007. Tahun ini semua warga sekolah telah bertungkus lumus untuk mencapai martabat sekolah kluster pula. Semoga anda semua berjaya. Moto 'SKPR Boleh' menjadi panduan semua guru dan murid-murid untuk mencapai kegemilangan dalam pendidikan.

Hadiah birthday


Hadiah yang diberikan oleh pihak sekolah kepadaku. Orang lain dapat tupperware besar tapi aku dapat kecik je. Sebab tak cukup. Ala aku rembat je. Aiman tak kisah...


Cikgu yang hadir memeriahkan majlis yang tak seberapa ni he...he...he... Cikgu Zaridah dan Cikgu Azrul serta cikgu Aishah yang meletup gitu...


Aku bawak kek yang aku buat sendiri dan bancuh air sendiri. Kek ni sekejap je habis...


Dah lama tak menulis diariku ini. Maklumlah sibuk menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai peninggalan guru penggantiku ari tu. Soalan final pun tak siap lagi. Matematik ada 2 paper, paper 1 40 soalan objektif dwi bahasa dan paper 2 ada 20 soalan pun dwi bahasa. Paper 2 dah download daripada scribd. Tapi aku dah edit soalan tersebut untuk mengelakkan terjadinya plagiarisme.

Baru-baru ni birthday aku yang ke33 (20/10). Jadi aku dah berniat belanja bebudak 4 A nasi ayam. Kira jamuan akhir tahun sekalilah. Bebudak ni punya lah tak hengat cikgu dia, bising betul!!! Macam tak pernah buat jamuan... Aku siap bawa 2 'escort' aku Cikgu Ecah ngan Cikgu Zaridah pun tak boleh nak kontrol. Alamaklumlah budak kelas hujung memang camtu. Tak berapa nak faham bahasa sikit. So, sabar jelah....isk..isk...isk...sedih cikgu kelas dia nih.

Ahad, 18 Oktober 2009

Kek Coklat Moise...



Ni dia Moist Chocolate Cake selepas topping.

Moist Chocolate Cake


Semalam dan ari ni sibuk buat kek coklat lembab, betul ke ayat ni??? Atau bahasa omputihnya Moist Chocolate cake. Semalam buat 1 kg, sekejap je habis. Tak sempat bagi tuk nenek budak-budak ni. Ari ni buat lagi tapi terpaksa keluar pegi pasaraya beli bahan yang tak cukup. So kena angkut 'askar-askar' ni sekali almaklumlah bapanya bekerja 8 - 5. Memang memenatkan melayan kerenah budak-budak ni. Akhirnya siap jugak kek aku ni. Sempat balik kampung kat AG bagi mak bapak rasa. Wah, abah kata sedap kek ni. Bangga semacam kena puji. Walaupun rupanya buruk, namun rasanya bolehlah tahan. Ada gambar kek tersebut sebelum letak topping nyer.

Ahad, 11 Oktober 2009

Novel R.A.M





Tengah boring2 tertengok koleksi novel. Paling banyak karya Saudara Ramlee Awang Murshid , penulis novel thriller no 1 di Malaysia yang berasal dari Papar Sabah. Beliau juga pernah menjadi pengacara program Galeria Perdana di TV 1. Kelas gitu...Aku ada 15 koleksi novel karya beliau. Plot cerita beliau menarik dan tersusun. Adegan dalam setiap cerita penuh suspen dan membuatkan pembaca tak sabar-sabar untuk mengetahui kesudahannya. Kemuncak cerita memang selalu mengejutkan. Aku memang minat cerita berunsur penyiasatan. Kalau dalam tv aku minat cerita CSI Miami, CSI New York, Numbers. dll. Best woo.

Suasana Jamuan Hari Raya 2009 Tmn Bertam Jaya Melaka





Gambar-gambar 'candid'. Jangan mare kalau ada yang terlibat. He...He...He...

Para Isteri



Ini gambar para isteri pula... He...he... Dimanakah diriku???

Cenderamata



Semua ahli komuniti dapatlah cenderamata sebuah beg kecil dan topi yang berwarna merah sebagai kenang-kenangan. Anak-anak pulak dapat duit raya. Ada duit raya yang lebih dapatlah para ibu merasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini