Jumaat, 7 Ogos 2009

Countdown-2hari lagi exam.

Sebenarnya bila dah lama sangat tak exam, mcm-mcm rasa dalam hati ni. Risau, kacau-bilau, feel anxiety, takut tak lulus ish...mcm-mcmlah. Ya Allah tenangkan hatiku ini. Tapi, bukan aku sorang je hadapi masalah ni. Kawan-kawan yang lain pun sama juga. Pensyarah kata jgn risau. Everything will be okay. Tapi memandangkan daripada 7 paper yang akan dihadapi, 3 daripadanya dalam bahasa inggeris. Mana tak kecut perut. Tak lulus malu woi....
Ada 7 paper semuanya. Psikologi Pendidikan, Prinsip Teknologi Pengajaran, Penilaian dan Pengukuran, Open and distance learner, Bimbingan dan Kauseling, Written Communication dan Oral Communication. Nasib baikpensyarah dah bagi bimbingan cara nak menjawab soalan. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah budiman, Pn Zainon Noor, Jane, Pn Nor Yani, Pn Noraini, En. Ahmed Nasir, En Hamzah Dollah dan mentor kami atau 'Bapa', Mr Supramaniam yang berkeyakinan tinggi bahawa kami akan berjaya dalam menjawab exam kali ini.
Dengan penuh bersemangat aku cuba membaca dan mengulangkaji. Tapi kalau kat rumah ni. memang aku tak dapat nak belajar. Almaklumlah 'tentera-tentera sekutu' yang ada ni asyik 'berperang' di saat-saat aku menginginkan keamanan dunia. Apatah lagi 'PBB' pula tiada kat cni untuk mengawal peperangan yang berlangsung hebat ini. Apalah nasibku.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com
Terdapat ralat dalam alat ini