Ads

Sabtu, 15 Ogos 2009

Dah habis exam....

Lega dah habis exam. Soalan memang senang tapi x taulah betul ke tidak aku jawab tu. Harap-harap dapatlah markah yang baik. Insya Allah...

Jumaat, 7 Ogos 2009

Along dan angah di Kelantan


Gambar along dan angah semasa dulu di kampung ayahnya di Kelantan

Angah masa kecik.


Gambar angah masa 6 bulan bersama nenek yang tersayang. Saje nak imbas gambar-gambar lame.

Kisah Angah

Hari ni masa aku di dalam kelas tutorial, handsetku berbunyi. La hubby tipon, Apasal lak dia tipon ni. Masa tu lecturer tengah mengajo. Malu lak sebab bunyi tipon aku kuat nau bunyinye. Lagu Jepun plak tu. "Apasal", aku bertanya. Hubby ku kata "Cikgu Angah tipon tanya duit rombongan Angah". "La kan dan bagi aritu" aku mengingatkan Hubbyku. "Yalah, tapi tak sampai kat cikgu dia", balas Hubbyku. Aku dah tanya kat Angah Isnin aritu. Dia kata dah bagi. Alamak mana plak budak ni buang duit rombongan. Rupa-rupanya dia sudah lupa bagi duit tu. yang dia bagi kat cikgu dia sampul duit aje. Duitnya dia sudah masukkan dalam beg adiknya. Aduh...malu....malu. Anak orang lain semua dah bayar tinggal dia sorang je belum bayar. Kesimpulannya aku pesan dengan Hubbyku , lain kali pegi bayar sendiri. Jangan harapkan budak 5 tahun ni. Selama ni selalu juga kirim bulanan kat Angah, tapi kenapa sejak akhir ni dia cuai sikit. Angah ni sekolah kat tadika JAIM. Aku jarang anto dia kat sekolah . Selalu pengasuh taska dia anta dan amikLepas tu petang baru aku amik dia kat taska dia dan adiknya itu. Tu yang tak tau progress dia kat sekolah tu. siapa yang salah.... Aku juga. Hua....hua....hua.

H1N1

Semalam dah 13 orang yang meninggal akibat wabak ni.Tapi ketua jabatan unit kdp kat IPPM aku kata, menurut sepupu dia, seorang doktor di GH Melaka, pesakit yang meninggal sebenarnya sudah meningkat melebihi angka itu. Banyak kes kematian yang ditutup. Kenapalah jadi macam ni. Patut benda-benda macam ini kita amik serius. Beritahu awal-awal lagi bahawa penyakit ini sangat berbahaya dan orang asing atau pelancong jangan dibenarkan datang ke negara kita buat sementara waktu. Ini kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Entahlah....tak tahu lagi nak cakap ape ? Semoga aku, keluargaku, sahabat-sahabat dan murid-muridku di jauhi daripada penyakit ini. Amin...

Pemandangan di sungai Muar Johor.


Bersantai di tepian Sungai Muar menikmati keindahan ciptaan Ilahi. Sambil tu makan mee bandung yang marvelous.pada tekakku ini.

Alangkah sedapnya kalau..................


Alangkah sedapnya kalau dapat makan mee bandung Muar. Dah lama hubby tak bawa makan mee ni kat Muar. Keenakkannya sungguh mengasyikkan. Tambahan pula makan di tepian sungai Muar tu. Walaupun sungainya agak keruh tetapi pemandangan nya pada waktu petang sungguh indah.

Countdown-2hari lagi exam.

Sebenarnya bila dah lama sangat tak exam, mcm-mcm rasa dalam hati ni. Risau, kacau-bilau, feel anxiety, takut tak lulus ish...mcm-mcmlah. Ya Allah tenangkan hatiku ini. Tapi, bukan aku sorang je hadapi masalah ni. Kawan-kawan yang lain pun sama juga. Pensyarah kata jgn risau. Everything will be okay. Tapi memandangkan daripada 7 paper yang akan dihadapi, 3 daripadanya dalam bahasa inggeris. Mana tak kecut perut. Tak lulus malu woi....
Ada 7 paper semuanya. Psikologi Pendidikan, Prinsip Teknologi Pengajaran, Penilaian dan Pengukuran, Open and distance learner, Bimbingan dan Kauseling, Written Communication dan Oral Communication. Nasib baikpensyarah dah bagi bimbingan cara nak menjawab soalan. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah budiman, Pn Zainon Noor, Jane, Pn Nor Yani, Pn Noraini, En. Ahmed Nasir, En Hamzah Dollah dan mentor kami atau 'Bapa', Mr Supramaniam yang berkeyakinan tinggi bahawa kami akan berjaya dalam menjawab exam kali ini.
Dengan penuh bersemangat aku cuba membaca dan mengulangkaji. Tapi kalau kat rumah ni. memang aku tak dapat nak belajar. Almaklumlah 'tentera-tentera sekutu' yang ada ni asyik 'berperang' di saat-saat aku menginginkan keamanan dunia. Apatah lagi 'PBB' pula tiada kat cni untuk mengawal peperangan yang berlangsung hebat ini. Apalah nasibku.............

Khamis, 6 Ogos 2009

Kawan-kawanku...

Minggu Peperiksaan

Minggu depan minggu peperiksaan untuk peserta KDP 14 minggu. Semoga semua (termasuk aku) akan berjaya menghadapi peperiksaan ini. Risau juga kalau tak boleh buat. Tapi pensyarah pesan tulis jawapan jangan tinggalkan kosong. Kalau tak tau taram je manalah tau kot kena jawapan tu dengan soalan. Yalah dah lama nau tak hadapi pepriksaan macam ni. Ada 7 papers kena jawab dalam masa 5 hari minggu depan. Ya Allah semoga aku berjaya dengan cita-citaku ya Allah.

KDP 14 minggu

Aku kena kursus 14 minggu di IPPM melaka. Seronok sebenarnya belajar tapi tang buat assignment tu yang tak seronoknya. Almaklumlah aku ni pun bukan ghajin nau nak menulis dan menaip... terpaksalah hadapi juga untuk meningkatkan ilmu di dada.

Angah

Along

Anak-anak tersayang...

Anak-anakku

Semoga anak-anakku sentiasa dilindungi Allah SWT daripada sebarang wabak penyakit.

Hiasan kelas 2022- Tahun 1 Neon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..perkongsian hiasan kelas untuk tahun ini                                 Sudut Nilam